Friday, 21 May 2010

~Kalo kau stress hanya sebab tak dpt shopping dan Zeta ta call.


orang bertuah macam kau, mazni..
takde kereta, complain kene jalan jauh, penat panas.
bila ada kereta, pun sama complain.sedangkan, kaki kau, tangan kau, cukup 2.

orang kurang bertuah..
takde kaki pun kene jalan, mazni. kene pakai tongkat, kene pakai kerusi roda..
kadang2 naik turun bas, kene maki dengan pakcik bas sebab lambat..
rakyat malaysia tak prihatin, tak tolong.
kemudahan malaysia belum cukup mesra oku, kalau pakai kerusi roda..
susah nak naik bas n train.

kau tanak bersyukur ke mazni?

orang bertuah macam kau, mazni..
mak bapak anta belajar tinggi2. tu pun complain, assignment banyak..
lecturer tak best, kelas banyak..kelas takde aircond..presentation stress.
asgment,projek susah nak buat.

orang kurang bertuah..
borang isi upu pun tak tercapai. spm pun tak lepas kadang2.
kalau dapat isi upu pun, result kurang memuaskan..mak bapak tak mampu nak hantar private..
dan takde orang dalam plak tu nak tolong masukkan.

kau tanak bersyukur ke mazni?

orang bertuah macam kau, maznie..
makan tak best pun complain. kenny rogers ayam kecik la..pinang sebatang service lambat la..
pastu terlebih kenyang la, makan tolak tepi la..tanak makan sebab tak best la..

orang kurang bertuah..
kadang2 terpaksa tak makan sebab mmg takde ape nak makan dan tak ade duit pun nak makan. kadang2 terpaksa korek tong sampah dan cari sisa makanan. ntah2 sisa makanan kau.

kau tanak bersyukur ke mazni?

orang bertuah macam kau, mazni..
kau memang tau complain je. benda paling stress dalam hidup kau ape? ape je dugaan tuhan bagi kat kau kalau kau nak banding dengan manusia2 yg takda kaki, takda tangan..
kau stress sebab Zeta tak call or sms kau..kau stress sebab takde handbag baru..kau stress sebab takde kasut baru..kau stress sebab takde hp baru..kau stress sbb takde laptop baru..kau stress sebab takde baju baru. orang yg takda kaki, takda tangan tu tengok masalah hidup kau, diorang gelak je weh. orang yg kat palestine tu tengok kau stress pasal masalah hidup kau, diorang akan baling je kau dalam longkang weh!

bersyukur boleh mazni?
bersyukur tau tak ape?
ape je yg tuhan tak bagi yg kau nak complain banyak2 sangat?
family, cukup.
kawan2 cukup.
makan pakai cukup.
kasih sayang pun cukup. tu pun kadang2 kau mengada je lebih.
boleh tak cakap alhamdulillah. boleh tak kau jangan complain2?
esok tuhan tarik balik semua yg kau ada, kau nak ke?
bersyukur dengan apa kau ada, mazni.
BERSYUKUR DENGAN APA YANG KAU ADA.


p/s: jom kawan2.. mari bersyukur~

1 comment:

Waniey said...

hahahaha.. i like this post very2 much.. =)

p/s : manusia mmg xnah bersyukur ngan pe yg yg dibagi oleh tuhan.. so.. wani follow sya tuk bersyukur ngan pe yg wani de skrg.. =)